FAJAR AL-KARAMAH

One day, fajar of Islam will shining around the world... Let's do something before it was late...


Apa nak jadi…1

Saban hari kita mendengar, melihat ada sahaja di dada-dada akhbar isu-isu berkaitan pendidikan, sekolah, guru dan yang seumpamanya. Para guru perlu sedar tugas kita semakin mencabar dan perlu dititikberatkan dengan sepenuh hati. Beberapa hari lepas dipaparkan dalam akhbar kegiatan pelajar yang melakukan perkara tidak senonoh di sekolah? Bagi nama pula tu 'tayangan perdana'?? Ya Allah.. Di kawasan sekolah berani melakukan adegan-adegan panas bersama lelaki dan perempuan. Masya Allah…Dan lebih menyedihkan mereka masih berada di sekolah, masih belasan tahun. Dahsyatnya dunia hari ini! Bertambah berat tugas guru untuk menghadapi perkara-perkara sebegini. Bertambah beban yang dipikul oleh bakal guru-guru nanti. Bertambahlah juga persediaan untuk menghadapi situasi sebegini. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang? Sudahkah bersedia menghadapinya?!

Apa nak jadi…2

Apa nak jadi dengan guru sekarang yang kurang akhlaknya dan menambah burukkan institusi keguruan yang dipandang mulia? Apa nak jadi jika seorang guru sanggup mengambil kesempatan mencabul kehormatan seorang murid? Kenapa semua ini terjadi kepada seorang yang bergelar GURU??? Tidak cukup didikan kah sehingga terjadi sebegitu? Suka untuk saya kongsikan berita ini kepada rakan-rakan semua di mana 2 orang pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Seremban telah membuat aduan berhubung dirinya telah dicabul oleh seorang guru sekolah rendah. Walaupun guru itu memegang jawatan yang tinggi la juga di sekolah tu tapi sempat lagi buat perkara begitu. Masya Allah..Apa nak jadi ni… Cikgu ke apa ni?

Institusi keguruan perlu dilihat sebagai institusi yang mencorakkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar. Bukannya melakukan onar yang memburukkan nama seorang guru. Guru adalah contoh kepada pelajar. Justeru… tolonglah wahai guru-guru, yang bakal menjadi guru, sedang menanti menjadi guru, berimpian menjadi guru.. bukan hanya mahu makan gaji sahaja, bukan masuk kelas mengajar, keluar kelas, balik. Tapi guru memegang tanggungjawab yang besar sebagai pencorak masa depan generasi pelajar.

Apa nak jadi pada generasi hadapan adalah apa yang nak jadi pada guru hari ini. Apa yang terjadi pada generasi hari ini adalah 'kejadian' yang akan dilalui oleh guru nanti. Semoga kita mengambil pengajaran dan kesedaran tentang tugas berat institusi keguruan yang murni ini.
<<>>

0 comments: