FAJAR AL-KARAMAH

One day, fajar of Islam will shining around the world... Let's do something before it was late...


Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa menahan rasa dan dahaga serta keinginan syahwat kini tibalah Syawal yang sentiasa diraikan dengan riang dan meriah saban tahun. Tibanya Aidilfitri menandakan bermulanya lembaran baru dalam hidup kita selaku seorang hamba yang seharusnya kembali kepada fitrah kejadian yang asal. Sepatutnya pada hari ini kita menginsafi dan menangisi pemergian Ramadhan yang belum tentu pasti kita bertemu lagi serta melaungkan kesyukuran atasnikmat iman yang masih mengalir dalam diri kita.


Bagi diri penulis, Hari Raya Aidilfitri tahun ini sedikit special berbanding tahun-tahun yang lalu kerana 1 Syawal adalah 1 Oktober yang merupakan hari lahir ke 22 diri ini. Terasa sedikit sayu apabila mengenangkan masa yang berlalu begitu cepat seakan baru sahaja berpuasa tetapi kini telah tiba pula Syawal mulia. Sungguhpun Hari Raya kali ini adalah Hari Lahir buat diri ini namun diri ini seakan terlupa ini adalah hari lahirku. Benarkah sudah Hari Raya?? Yeke dah 22 tahun?? Sedangkan belum puas merasa nikmat puasa yang terkadang sekali ‘dicuri’ hari-harinya dengan dosa serta alpa pada kelebihan kedatangan Ramadhan. Tidak dapat dinyatakan juga masa telah berlalu dan diri perlu menerima hakikat bahawa usia juga telah bertambah seiring dengan umur dunia yang semakin hampir ke akhirnya serta ajal juga semakin pendek mengekori diri.




Dalam musim kegembiraan ini juga ada sesetengah khabar yang tidak ingin didengar namun terpaksa diterima dengan redho pada suratan takdir yang telah ditentukan. Allah lebih mengetahui perjalanan kita yang mungkin belum sempat kita menikmati lagi hari-hari mendatang tetapi dia telah melenyapkannya dari nikmat nafas yang di beriNya kian kali. Apa yang ingin dibicarakan ialah perjalanan kita selaku hamba cukup ringkas namun terkandung pengertian yang mendalam buat hamba yang memikirkan. Fikir-fikirkan.

0 comments: