FAJAR AL-KARAMAH

One day, fajar of Islam will shining around the world... Let's do something before it was late...

Jauh menanti hadirmu datang lagi AidilAdha
Menyingkap sejarah pengorbanan tulus suci
Pada kecintaan Rabbul izzati
Hamba Tuhan, Ibrahim dan Ismail,
Jua kerelaan seorang isteri mithali… Siti Hajar

Arafah menjadi saksi
Penderitaan di tanah gersang
Dua hati yang setia menjalani liku
Di perbatasan sempadan manusia

Dalam hati kecil menyantun doa pada Ilahi
Si ibu setia mencari rantaian hidup
Buat si anak kecil menangis…
Dari safa ke Marwah mendaki puncak
Mencari penyambung hidup
Hanya kahayalan…
Oh dugaan…

Hajar mencari lagi, menggali lagi di Marwah..
Hampa..
Berulang alik si ibu
Buat si jantung hati, dari bukit ke bukit
Sebilangan tujuh kali
“ Andai ini dugaanMu Ya Allah, aku rela”
Ismail menangis dan terus menangis…
Allah maha Kuasa
Berkat sentakan telapak kaki Ismail
Terpancut sirna dari perut bumi
Mengembalikan kekuatan yang layu
Mendefinisikan air zamzam
Bukti kesungguhan seorang wanita
Pengorbanan seorang ibu
Tiada batasan
Tiada penghujung
Membuka lembaran sejarah

*****

Ketika datang wahyu dari Tuhannya
Ismail menerimanya dengan penuh
Kepatuhan, demi ketaatan.
Walau bergolak dalam hatinya
Mengorbankan putera yang dikasihinya
Namun si anak mengerti
Ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya
Menguji semangat, merangkul keredhaan.

“ Aduhai ayahandaku, ikutilah perintah TuhanMu…”
Betapa syahdunya kata-kata si anak kecil itu
Yang mengerti nilai pengorbanan
Rela mengorbankan diri
Demi cintanya pada Ilahi
Kerana dia tahu
Janji Tuhannya bukan sia-sia
Pasti ganjaran menanti di sana


****

Tika pisau memanjat leher ismail
Terketar-ketar
Tidak sanggup dipandang wajah anakanda tercinta
Demi kerelaan dua hati
Allahu akbar! Allah Maha Besar!!
Ismail diganti seekor kibas
Mengucap syukur di tangan yang kebas
Kerana bukti cinta
Tanda ketaatan dan kepatuhan…
Wajah-wajah pengorbanan…


Nukilan:
‘Intan almas’
Zulhijjah 1426H (2005)

0 comments: