FAJAR AL-KARAMAH

One day, fajar of Islam will shining around the world... Let's do something before it was late...

















Sama-sama ambil pengajaran dan iktibar...
adakah ini petanda bumi sudah tua???
wallahu a'lam.




Jauh menanti hadirmu datang lagi AidilAdha
Menyingkap sejarah pengorbanan tulus suci
Pada kecintaan Rabbul izzati
Hamba Tuhan, Ibrahim dan Ismail,
Jua kerelaan seorang isteri mithali… Siti Hajar

Arafah menjadi saksi
Penderitaan di tanah gersang
Dua hati yang setia menjalani liku
Di perbatasan sempadan manusia

Dalam hati kecil menyantun doa pada Ilahi
Si ibu setia mencari rantaian hidup
Buat si anak kecil menangis…
Dari safa ke Marwah mendaki puncak
Mencari penyambung hidup
Hanya kahayalan…
Oh dugaan…

Hajar mencari lagi, menggali lagi di Marwah..
Hampa..
Berulang alik si ibu
Buat si jantung hati, dari bukit ke bukit
Sebilangan tujuh kali
“ Andai ini dugaanMu Ya Allah, aku rela”
Ismail menangis dan terus menangis…
Allah maha Kuasa
Berkat sentakan telapak kaki Ismail
Terpancut sirna dari perut bumi
Mengembalikan kekuatan yang layu
Mendefinisikan air zamzam
Bukti kesungguhan seorang wanita
Pengorbanan seorang ibu
Tiada batasan
Tiada penghujung
Membuka lembaran sejarah

*****

Ketika datang wahyu dari Tuhannya
Ismail menerimanya dengan penuh
Kepatuhan, demi ketaatan.
Walau bergolak dalam hatinya
Mengorbankan putera yang dikasihinya
Namun si anak mengerti
Ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya
Menguji semangat, merangkul keredhaan.

“ Aduhai ayahandaku, ikutilah perintah TuhanMu…”
Betapa syahdunya kata-kata si anak kecil itu
Yang mengerti nilai pengorbanan
Rela mengorbankan diri
Demi cintanya pada Ilahi
Kerana dia tahu
Janji Tuhannya bukan sia-sia
Pasti ganjaran menanti di sana


****

Tika pisau memanjat leher ismail
Terketar-ketar
Tidak sanggup dipandang wajah anakanda tercinta
Demi kerelaan dua hati
Allahu akbar! Allah Maha Besar!!
Ismail diganti seekor kibas
Mengucap syukur di tangan yang kebas
Kerana bukti cinta
Tanda ketaatan dan kepatuhan…
Wajah-wajah pengorbanan…


Nukilan:
‘Intan almas’
Zulhijjah 1426H (2005)


Apa nak jadi…1

Saban hari kita mendengar, melihat ada sahaja di dada-dada akhbar isu-isu berkaitan pendidikan, sekolah, guru dan yang seumpamanya. Para guru perlu sedar tugas kita semakin mencabar dan perlu dititikberatkan dengan sepenuh hati. Beberapa hari lepas dipaparkan dalam akhbar kegiatan pelajar yang melakukan perkara tidak senonoh di sekolah? Bagi nama pula tu 'tayangan perdana'?? Ya Allah.. Di kawasan sekolah berani melakukan adegan-adegan panas bersama lelaki dan perempuan. Masya Allah…Dan lebih menyedihkan mereka masih berada di sekolah, masih belasan tahun. Dahsyatnya dunia hari ini! Bertambah berat tugas guru untuk menghadapi perkara-perkara sebegini. Bertambah beban yang dipikul oleh bakal guru-guru nanti. Bertambahlah juga persediaan untuk menghadapi situasi sebegini. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang? Sudahkah bersedia menghadapinya?!

Apa nak jadi…2

Apa nak jadi dengan guru sekarang yang kurang akhlaknya dan menambah burukkan institusi keguruan yang dipandang mulia? Apa nak jadi jika seorang guru sanggup mengambil kesempatan mencabul kehormatan seorang murid? Kenapa semua ini terjadi kepada seorang yang bergelar GURU??? Tidak cukup didikan kah sehingga terjadi sebegitu? Suka untuk saya kongsikan berita ini kepada rakan-rakan semua di mana 2 orang pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Seremban telah membuat aduan berhubung dirinya telah dicabul oleh seorang guru sekolah rendah. Walaupun guru itu memegang jawatan yang tinggi la juga di sekolah tu tapi sempat lagi buat perkara begitu. Masya Allah..Apa nak jadi ni… Cikgu ke apa ni?

Institusi keguruan perlu dilihat sebagai institusi yang mencorakkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar. Bukannya melakukan onar yang memburukkan nama seorang guru. Guru adalah contoh kepada pelajar. Justeru… tolonglah wahai guru-guru, yang bakal menjadi guru, sedang menanti menjadi guru, berimpian menjadi guru.. bukan hanya mahu makan gaji sahaja, bukan masuk kelas mengajar, keluar kelas, balik. Tapi guru memegang tanggungjawab yang besar sebagai pencorak masa depan generasi pelajar.

Apa nak jadi pada generasi hadapan adalah apa yang nak jadi pada guru hari ini. Apa yang terjadi pada generasi hari ini adalah 'kejadian' yang akan dilalui oleh guru nanti. Semoga kita mengambil pengajaran dan kesedaran tentang tugas berat institusi keguruan yang murni ini.
<<>>


JIWA MAGNETIK
Pada 16 Oktober bersamaan 16 Syawal (Khamis) telah berlangsung Motivasi Kecemerlangan yang disampaikan oleh Saudara Amin Idris. Begitu banyak sekali input yang diperolehi bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan tetapi beliau lebih menekankan konsep kendiri yang perlu ada dan patut ada pada seseorang yang bergelar mahasiswa. Jiwa magnetik? Pernahkah anda mendengarnya? Perumpamaannya adalah seseorang yang ingin berjaya itu perlu mempunyai seperti magnet iaitu bukan sahaja berguna untuk dirinya sendiri sahaja tetapi juga mampu untuk mempengaruhi orang lain untuk sama-sama bersamanya. Banyak input berguna yang ingin saya kongsikan bersama anda semua.
Semuanya bermula dari HATI

Sakit hati? Baik hati? Busuk hati? Semuanya bermula dari hati. Kita tidak panggil sakit mata ketika mana seseorang itu sekali-kali tidak kita boleh memandang wajahnya akan terasa geram, nak marah. Kita panggil sakit hati bukan? Orang yang selalu memberi hadiah, menolong orang lain dan sebagainya kita panggil pula sebagai baik hati. Bukan baik tangan kan walaupun yang melakukannya adalah tangannya. Cuba fikir lagi. Orang yang selalu mengadu domba, melaga-lagakan orang atau sering mengumpat orang lain kita panggil sebagai busuk hati. Bukan busuk mulut kan? Inilah yang dikatakan semuanya bermula dari hati sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam Matan Arba’in iaitu hadis pertama yang menerangkan tentang niat seterusnya sampai kepada apabila baik ia akan baik seluruh badan iaitu Qalb (HATI).

JANGAN JADI orang yang mempunyai MENTALITI MANGSA!!!

Siapa orang yang mempunyai mentality mangsa?? Iaitu orang yang sentiasa menyalahkan orang lain apabila tidak dapat melakukan sesuatu. Jangan terus amalkan mentality ini tetapi jadilah...

1. MENTALITI JUARA

Siapa mereka?

Ø Mereka yang bijak dalam membuat keputusan
Ø Tidak beralasan
Ø Proaktif iaitu bertanggungjawab dengan hidup kerana..
Ø The choices you make, make you.
Ø Hidup dalah untuk membuat pilhan
Ø Oleh itu perlulah bertanggungjawab dengan diri sendiri dan hidup sendiri
Ø Orang lain tidak boleh membantu kita tetapi kitalah yang perlu membantu diri sendiri.

2. MATLAMAT

Matlamat ditentukan berdasarkan teknik SMART
Ø S : Specific
Ø M: Measureable
Ø A: Action Oriented
Ø R: Relevan
Ø T: Time bound

Dalam menentukan sesuatu matlamat yang hendak dicapai tentukan secara spesifik agar matlamat yang dicapai itu JELAS dan tidak kabur. Pastikan matlamat itu boleh dicapai dan boleh diukur tahap keberjayaan kita mencapai matlamat yang diimpikan itu. Selain itu selama-lamanya matlamat tidak akan dapat dicapai jika kita hanya berdiam diri tanpa BERTINDAK! Perlu melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang didingini. Tiada guna hanya merancang matlamat sudah jelas tetapi tiada tindakan yang dimabil. Jangan lupa menentukan matlamat perlu relevan, tiidak perlu tergopoh-gapah kerana ia memerlukan masa untuk mencapai matlamat. Yang pasti, pastikan BILAkah kita ingin matlamat itu di capai sepenuhnya. 10 tahun? 5 tahun akan dating? Atau bila-bila masa sahaja.

Sebagai contoh. Bill Gates telah menentukan matlamatnya pada umur 19 tahun dengan menyatakan “ Aku mesti menjadi seorang jutawan pada umur 30 tahun”
Dari sini dapat di ambil matlamat Bill Gates adalah jelas untuk menjadi seorang jutawan. Masa yang diperangkakannya dalam menjadi seorang jutawan adalah 10 atau 11 tahun. Kenyataannya, Bill Gates telah membuktikan kata-katanya dahulu. Kita bila lagi??

3. JAUHI SINDROM DEVIDER


Ø SINDROM Devider adalah sentiasa berburuk sangka kepada orang lain. Jangan sesekali terus berkeadaan begini kerana ia akan merosakkan masyarakat.
Ø Bagaimana untuk menghadapi sindrom devider ini?
Ø Tidak lain dengan cuba untuk MEMAHAMI. Kita ingin orang memahami kita tetapi kita tidak cuba untuk memahami mereka.
Ø Seek first to understand to be understood.
Ø Nilai semula apa yang kita fikirkan tentang orang lain dan cubalah dapatkan fakta yang betul tentang sesuatu perkara sebelum menghukum.

4. HIDUP PENUH DENGAN PILIHAN

Ø Putuskan lorong hidup anda.
Ø Apa yang didapati pada masa depan adalah apa yang kita putuskan pada hari ini
Ø Kesilapan dulu adalah sejarah, esok belum tentu dan Allah memberi kita hari ini adalah sebagai hadiah.

5. TAJAM ASAH

Ø Mengikut ahli psikologi, kita berada dalam situasi unconciuos incompetence iaitu kita sedar kita tidak tahu tentang sesuatu perkara.
Ø Berikut adalah tingkatan keupayaan manusia

Tahap pertama : INCONCIUOS COMPETENCE
Tahap kedua : CONCIUOS INCOMPETENCE
Tahap ketiga : CONCIUOS COMPETENCE
Tahap tertinggi : UNCONCIUOS COMPETENCE
Terlalu banyak input yang diterima dari ceramah motivasi tersebut. Dan saya telah kongsikan bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam blog ini.
Semogakita semua akan berjaya dalam peperiksaan masing-masing dan menjadi individu berjiwa magnetik.

Salam harapan dan perubahan.

Sedar tak sedar bahang pepriksaan makin terasa. Buat warga Uni Malaya ini masa yang masih berbaki sekitar dua minggu inilah digunakan sebaik-baiknya. time ni la nak siapkan assignment yang masih belum siap, lab report, nak dapatkan tandatangan penasihat akademik, nak ambil slip masuk exam, bayar hutang, fotostat nota itu nota ini, kumpul soalan-soalan lepas, jumpa lecturer tanya soalan, buat itu buat ini yang pada lazimnya sebagai seorang student...
Sibuk-sibuk buat persediaan hadapi exam final ni pun janganlah kita lupa minta restu dari mak dan ayah kita. Jangan pandai minta duit nak bayar hutang je... mintalah juga restu daripada mereka dan pohonkan ampun maaf kita untuk mereka. Betapa mereka telah bersusah payah membesarkan kita dan menjaga kita sehingga kita berjaya menjejakkan kaki di UM ini yang menyimpan "kemasyhurannya" yang tersendiri.
Inilah jiga musim orang kata untuk hibernate (macam beruang kutub pulak) untuk pulun habis-habisan semua subjek. Yang tak baca lagi insya Allah sempat lagi untuk baca janjinya jangan sia-siakan masa yang kita ada ini...saya percaya time-time macam ni lah juga ramai yang akan berhibernate ke tempat-tempat yang disukai dan menjadi pilihan mereka sendiri. Jika saya mestilah berhibernate dalam bilik le sebab itu saja tempat yang paling sesuai untuk study bagi saya. Orang lain mungkin di library, bilik baca dan lain lain juga. Boleh kata juga ada yang merancang balik kampung baliklah jika itu yang terbaik buat kita.
Selamat mengahadapi peperiksaan final dan semoga berjaya. Kepada yang ada adik-adik, saudara mara,jiran, adik kawan, sepupu sepapat semua semua tu lah... yang sedang menduduki PMR sekarang ni pun diucapkan GUDLUCK!!! juga...
Lastly>>> Pesanan buat semua dan diri sendiri yang sama macam korang semua juga<<<
" Jangan malas mengulangkaji kerana lancarnya kajian setelah diulangkaji. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan" - Imam al-Ghazali.


Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa menahan rasa dan dahaga serta keinginan syahwat kini tibalah Syawal yang sentiasa diraikan dengan riang dan meriah saban tahun. Tibanya Aidilfitri menandakan bermulanya lembaran baru dalam hidup kita selaku seorang hamba yang seharusnya kembali kepada fitrah kejadian yang asal. Sepatutnya pada hari ini kita menginsafi dan menangisi pemergian Ramadhan yang belum tentu pasti kita bertemu lagi serta melaungkan kesyukuran atasnikmat iman yang masih mengalir dalam diri kita.


Bagi diri penulis, Hari Raya Aidilfitri tahun ini sedikit special berbanding tahun-tahun yang lalu kerana 1 Syawal adalah 1 Oktober yang merupakan hari lahir ke 22 diri ini. Terasa sedikit sayu apabila mengenangkan masa yang berlalu begitu cepat seakan baru sahaja berpuasa tetapi kini telah tiba pula Syawal mulia. Sungguhpun Hari Raya kali ini adalah Hari Lahir buat diri ini namun diri ini seakan terlupa ini adalah hari lahirku. Benarkah sudah Hari Raya?? Yeke dah 22 tahun?? Sedangkan belum puas merasa nikmat puasa yang terkadang sekali ‘dicuri’ hari-harinya dengan dosa serta alpa pada kelebihan kedatangan Ramadhan. Tidak dapat dinyatakan juga masa telah berlalu dan diri perlu menerima hakikat bahawa usia juga telah bertambah seiring dengan umur dunia yang semakin hampir ke akhirnya serta ajal juga semakin pendek mengekori diri.




Dalam musim kegembiraan ini juga ada sesetengah khabar yang tidak ingin didengar namun terpaksa diterima dengan redho pada suratan takdir yang telah ditentukan. Allah lebih mengetahui perjalanan kita yang mungkin belum sempat kita menikmati lagi hari-hari mendatang tetapi dia telah melenyapkannya dari nikmat nafas yang di beriNya kian kali. Apa yang ingin dibicarakan ialah perjalanan kita selaku hamba cukup ringkas namun terkandung pengertian yang mendalam buat hamba yang memikirkan. Fikir-fikirkan.


Hari-hari yang berlalu
Menghitung perjalanan kita sebagai hamba Tuhan
Sehingga kita terkadang terlupa
Hadirnya bulan keagungan
Bulan keampunan
Bulan kerahmatan
menjelma kembali saban tahun…

Ramadhan..
Semulia namamu jua fadhilatmu
hamba-Mu hadir menyembah sujud
di setiap rakaat tarawih dan tahajjud
Menahan diri dari dosa dan noda
walau sekecil zarah
Mengabdi diri pada erti puasa
membasah lidah pada rantaian zikrullah
menambah nafqah pada nilai sedeqah
melipatganda amalan sebagai bekalan
menghitung perjalanan…

Ramadhan…
Hadirmu sinar harapan
buat hamba yang mendambakan
keredhaan dan kasih-sayang
Pada rahmat lebih dari seribu bulan
Pada damai sebuah malam..
Lailatul Qadar…
Pada syahdu kasih-sayang Tuhan

Ramadhan…
Bulan kerahmatan, bulan keampunan
Terbitnya ceria kemenangan hamba
pada laungan takbir Aidilfitri
Saat pujian dilaungkan pada Rabb
Allahu Akbar!
Hati terdetik…
“ Sempatkah Ramadhan akan datang menjemputku lagi?? “.


Debaran kian kencang tatkala tahun ini Pro Mahasiswa bakal menggoncangkan UM dengan gelombang orennya yang menyebabkan keluh kesah atau ketakutan telah hilang kepada mana-mana orang yang ingin memakai baju oren. Bagi penyokong-penyokong setia PRO-M hari khamis ialah hari yang ditunggu-tunggu.. bukan apa.. Kenapa ye?? Korang kena selalu pergi intai-intai kat bus stop depan library tu kot-kot nya ‘mat-mat oren’ berhimpun nak dengar Speaker Corner. Dan jangan salah anggap Speaker Corner tu demonstrasi. Walaupun yang jadi leadernya adalah orang-orang yang selalu ada masa demonstrasi( ye laa.. sebab mana ada muka lain lagi selain muka sama je yang gi demo). Ia sebagai medan untuk menyatakan pendapat terhadap isu-isu yang bermain di sekitar kampus dan di peringkat nasional. Jangan takut dan bimbang. Kalau nak tahu, speaker corner ni ramai ‘peminat’nya. Hingga pak guard pun berminat dengar. Bukan tu saja, pegawai HEP pun siap ambil gambar kitaorang lagi. Lepas ni glamour la kitaorang tak perlu masuk akhbar pun..
Berbalik pada gelombang oren tadi tu… sejak akhir-akhir ni ramai yang suka warna oren. Setuju tak? Sampai ada yang motosikalnya pun diwarnakan oren. Lagi kalau di kolej lapan mesti adalah dalam seminggu dua tu kami makan buah oren. Ish…ish..ishh.. Tapi jangan setakat warnanya je yang kita kena suka dan menarik, kita sebagai mahasiswa kena tahu apa agenda yang PRO-M bawa ni. Jika dapat risalah oren kami tu… baca-bacalah ya sebab kami tahu risalah kami ni paling special. Mana ada yang buat risalah banyak-banyak berwarna oren selain PRO-M?? Tengok dari jauh pun mengerlip-ngerlip warna oren.. ha.. dah tau dah tu mesti risalah PRO-M.
Apa yang buat saya gembira lagi, bukan setakat local student je yang tahu PRO-M ni.. Student foreigner pun kenal PRO-M ni. Ada kat kolej hari tu masa tengah edar kad raya masa time sahur kat student dari Somalia. Speaking la.. time ni la nak try practise apa kita belajar. Wah! Rupanya diaorang ada yang boleh cakap Malay. Dia tanya kad ni dari mana? Then dia tengok dari PRO –M.. “ Ooo.. PRO-M.” saya pun tanya lah dia. U Know PRO-M? He said “ O..i know that”. Tu je ceritanya just nak gtau. Mungkin sebab dorang-dorang ni kawan dengan budak-budak PRO-M yang selalu ke surau yang turut dicat ala-ala oren. Ada juga yang puji kad raya tu simple tapi menarik dan padan dengan warnanya..
Justeru.. saya sarankan agar baju raya pun carilah yang warna oren ye… hehe.(‘’,). Lastly ,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
Pantun untuk semua..

Mat gempaq PRO-M pakai samping,
Nak pergi beraya pakai baju Melayu..
Baju warna oren jadi pilihan..
PRO-M bekerja tiada tanding
Tiba mahasiswa menyahut seru…
Salam harapan, salam perubahan .


Hati begitu teruja saat menukilkan kata-kata serta ayat-ayat yang bakal dilakarkan di dalam gerbangan ini. Bukan apa, kini terasa sedikit sayu setelah Ramadhan yang dinanti-nanti selama ini bakal berakhir. Cukup terharu kerana sepanjang bulan yang mulia ini, berapa keratkah rakaat terawih yang telah kita kerjakan? Berapa banyak tabungkah yang telah kita dermakan untuk mereka yang memerlukan? Berapa saatkah kita mampu berzikir mengingati Allah tatkala begitu banyak hidangan yang enak-enak berada di depan mata? Berapa titiskah air mata yang gugur mengenangkan segala dosa yang berlaku sepanjang hidup? Berapa sangatlah kain selimut itu jauh dari tubuh untuk bangun bermunajat berqiyamullail di kala hujan yang lebat di malam hari memberatkan lagi tulang kerangka untuk bangun bersujud? Berapa kali kita membuka, menatap, menghayati bait-bait kata Kalamullah yang kadangkala lagu-lagu raya yang lebih ingin didengar dan di hayati?? Berapa dan berapa banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan saat Ramadhan ini telah sampai ke kemuncaknya??
Kita lihat realiti yang berlaku kini saban tahun apabila hampirnya Aidilfitri, masyarakat kita sibuk membeli-belah untuk keperluan menyambut Aidilfitri. Ada yang sudah mengedar jemputan rumah terbuka, kenduri kahwin dan sebagainya sepanjang Syawal yang bakal menjelma. Malangnya dan paling menyedihkan apabila saat-saat terakhir Ramadhan ini, surau-surau, madrasah-madrasah, masjid-masjid lengang dari penghuni sedangkan pada 10 malam terakhir ini sepatutnya bertambah penuh saff, bertambah padat ahli jemaah tapi ini semua tidak berlaku. Salah siapakah di sini? Adakah kerana tok imam yang baca surah tak sedap? Kesian la kat tok imam kalau macam tu. Adakah juga kerana suara Tok Bilal yang dah serak melaungkan selawat ke atas rasul dengan sepenuh tenaga?? Tak patut kita salahkan orang itu.. orang ini.. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Cuba kita renungkan kembali. Dalam satu riwayat oleh Ibnu Khuzaimah dari Salamah r.a yang mengatakan bahawa pada setiap akhir bulan Syaaban Rasulullah S.A.W bersabda di hadapan mereka. Di antara kandungan khutbah baginda adalah seperti berikut:

“ Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu yang bulan di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang telah dijadikan Allah sebagai bulan yang diwajibkan puasa padanya, dan beribadah pada waktu malamnya ialah suatu amal tathawwu’ (تطوع ). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya samalah dia dengan orang yang mengerjakan fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yng menunaikan fardhu di malam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan ganjaran sabar itu adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa yang memberi makanan berbuka padanya kepada seseorang yang berpuasa, adalah merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberi makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikit pun berkurang. “

Betapa Rasulullah telah membicarakan dengan terang perihal keistimewaan Ramadahn itu sendiri. Adakah kita sanggup membiarkan Ramadahn ini berlalu begitu sahaja tanpa mengharap apa-apa?? Kita ekori perjalanan bulan Ramadahan di Negara Palestin contohnya. Saban hari mereka beribadah dalam hujanan peluru dari pihak Yahudi laknatullah. Mereka di halang daripada menunaikan solat terawih di dalam Masjidil Aqsa, namun mereka tetap tegar menunaikan solat terawih di tepi-tepi jalan, tempat parking kenderaan dan di mana sahaja ruangan selagi mana dahi mencecah bumi. Mereka tidak mahu bulan yang mulia ini, bulan yang agung yang penuh kenikmatan ini yang datang sekali shaja dalam setahun berlalu tanpa mengharapkan apa-apa dari Allah S.w.T. Keadaan kita tidak seperit mereka. Suasana kita bukan segenting mereka tetapi mengapa kita masih lagi mensia-siakan peluang yang masih bersisa beberapa hari. Kita boleh hitung berapa harikah lagi Ramadhan yang selama ini dinanti akan pergi?? Mungkinkah ia akan pergi selamanya tanpa kita tidak mempunyai peluang untuk bertemunya lagi selepas ini?

Ayuh sahabat muslimin muslimat! Jangan kita tinggalkan Ramadhan ini tanpa kenikmatan dan pengharapan serta mendapat keampunan dari Allah. Kepergian Ramadhan hendaklah kita lepaskan dengan gembira, walaupun keesokan harinya Hari Raya bakal menjelang. Tetapi kita lepaskan ia dengan perasaan sendu dan syahdu seolah-olah melepaskan pemergian orang yang kita kasihi selama mana kehadirannya menggelut perasaan kita pada kasihnya. Betapa tidak, Ramadhan bulan penuh Rahmah, Barakah, dan Maghfirah. Oleh itu kita lepaskan pemergian Ramadahan itu dengan seindah-indah tahiyyah dan salam. Biarkan ia berlalu pergi nanti dengan kenangan manis kita bersamanya. Seorang penyair Arab bermadah dalam sendunya ketika melepaskan pemergian Ramadhan dengan sebuah syairnya yang bermaksud :
“ Kesejahteraan daripada Ar-Rahman setiap waktu,
Untuk bulan yang paling baik dan masa yang paling indah,
Kesejahteraan ke atas bulan puasa
Kerana puasa itu suatu keamanan dari Yang Maha Pengasih,
Walaupun hari-harimu wahai Ramadhan…
Di bawa cepat oleh arus masa dan putaran zaman,
Namun cinta dan rindu di hatiku tetap bersemi untukmu.”

Begitu agungnya Ramadhan yang bakal pergi dan begitu banyak kesempatan yang dibawanya berlalu. Kita hanya dapat berharap kepada Allah dengan berdoa kepadaNya..
“ Wahai Tuhan kami!
Terimalah ibadah puasa kami
Engakaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui!
Terimalah taubat kami!
Sesungguhnya engkau penerima taubat lagi Maha Pengasih!”

Sewajarnya mereka yang telah melaksanakan ibadah Ramadhan dengan sesungguhya bergembira pada hari kemenangan umat Islam, Aidilfitri lagi-lagi saat mereka bertemu Allah S.W.T. Dan seharusnya mereka yang sekadar berpuasa sahaja atau yang tidak berpuasa bersedih sahaja pada hari Raya serta bertemu Allah dalam keadaan yang kerugian serta hina. Kita mahu berada dalam golongan yang mana satu? Fikir-fikirkan sendiri. Selama mana Ramadhan ini masih lagi berbaki, sama-sama kita melipatgandakan usaha untuk meningkatkan amal ibadah dalam mencapai pengampunan serta keredhaanNya dunia dan akhirat kerana kita tidak tahu… SEMPATKAH Ramadhan akan datang menjemput kita lagi..??

Wallahu a’lam.

Hati itu milik Tuhan
kita yang membentuknya
dengan kasih sayang dan pengorbanan
bernafas syahdu dalam rakaat tarawih
berdenyut syukur pada kalam zikrullah..
penuh pengharapan keredhaan dan keampunan

Ramadhan yang bakal pergi
Lalu menjelma pula syawal bahagia
jangan kita lupa
sempatkah lagi menjelma bulan mulia??
MUNGKINKAH INI RAMADHAN TERAKHIR buat kita...???