FAJAR AL-KARAMAH

One day, fajar of Islam will shining around the world... Let's do something before it was late...


Sesekali apabila bertanya pada hati

Adakah hatimu sejahtera hari ini?

Hati memberikan bayangan jiwa

Lalu jiwa menyatakan perasaan

Tiada yang berjaya memikat hati

Kecuali jiwa yang telah terpesona dan terpaut

Hati mula terpaut pada istighfar

Lidah tidak lagi kelu berzikir

Mata memandang dunia…syahdunya.

Telingan menghayati seruan kebenaran

Kaki melangkahkan pahala ke rumah Tuhan

Tangan menadah syukur kurnia

Sesusuk jasad sempurna kini.

Hati yang merindui memainkan akal

Hati bersih kerana berkat beramal

Akal tidak kaku memikirkan balasan



Sesekali tanya pada hati

Adakah sihat kau hari ini?

atau nanti doktor bawa ke hospital

atau nanti jururawat suntik ubat

baru kau nak berjaga-jaga

Menjaga pakaian hati

Peluntur kekotoran hati

Tiada lain zikir mengingati Allah

bermujahadah dan muhasabah



Sesekali tanya pada hati

Bagaimana kau rasa kini?

mahu dipaksa atau terpaksa..

Hati akan menjawab

“ Aku tidak bisa menentukan

kerana manusia sebagai suis

tanyalah dia…bagaimana aku..

di sini…”





22 Ogos 2003

PRK telah berlalu dan kini bukan bermakna segalanya sudah berakhir. Tetapi inilah titik REALiti yang perlu kita langsaikan segala amanah yang terpikul di bahu. Kepada kepimpinan baru MPMUM tahniah diucapkan dan semoga terus maju ke hadapan.

Masa untuk buktikan apa yang di kata. YES WE CAN!!

Masa makin berlalu setelah kini kita dapat menikmati kehadiran 2009 dengan keadaan yang masih selesa. Namun keselesaan kita di sini harapnya tidak sekali-kali menghilangkan ingatan kita kepada saudara-saudara seMuslim palestin yang saban hari dihujani peluru dan mortar dari askar-askar Israel. Kita tiada kudrat untuk menghantar peluru berpandu apatah lagi kereta kebal untuk menyabung nyawa bersama-sama anak kecil, ibu tua, remaja-remaja yang setia memperjuangkan hak dengan sedaya kudrat yang ada.



Semakin ramai keluarga Palestin lari meninggalkan kediaman bagi mengelak daripada kemaraan askar Israel dengan unit infantri musuh menguasai jalan menuju ke kawasan penduduk utama ketika wilayah itu terus dihujani bedilan demi bedilan tentera Yahudi menyebabkan bangunan terbakar dan ketegangan meningkat.

Kereta dan trak yang dipenuhi kanak-kanak, wanita dan barangan peribadi mereka menuju ke kawasan selatan dari bekas kawasan penempatan Yahudi di Netzarim, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Gaza.

Sehingga kini maklumat yang di dapati dari sahabat saya yang berada di Mesir melaporkan bahawa 509 telah syahid dan 2450 penduduk palestin tercedera sepanjang peperangan hari in yang masuk hari ke sepuluh. Bayangkan saat-demi saat bila-bila masa sahaja di kala anda membaca ruangan ini ramai lagi mungkin akan terus syahid dan tercedera tanpa kita tahu bila segalanya akan berakhir.

Justeru sama-sama kita panjatkan doa untuk para mujahiddin yang kini masih bertahan mempertahankan tanah air mereka. Kita di sini??